You are hereFeed aggregator / Sources / Salam Pantai Timur

Salam Pantai Timur


Syndicate content
Kebudayaan, Keseniaan, Warisan, Infomasi & Isu Semasa Negeri Kelantan
Updated: 27 weeks 3 days ago

Persembahan Makyung : Anak Raja Dua Serupa, 22-24 Januari 2010 di Istana Budaya

Thu, 01/14/2010 - 17:30

Maklumat lanjut di www.istanabudaya.gov.my. Tiket boleh didapati secara online di www.ticket2u.biz .


Categories: WebLog

Kalendar Jadual Penuh Perlawanan Pasukan Kelantan Dalam Liga Super 2010

Tue, 12/29/2009 - 21:20

Klik untuk besarkan imej. Sumber dari @orcadlayout, grafik oleh Shah Rizal Shah dari Kelate.net


Categories: WebLog

[Video] Que Haidar Berdikir Barat Bersama Kumpulan Akademi Arjunasukma

Tue, 12/22/2009 - 10:37

Que Haidar sempat meluangkan masa berdikir barat bersama Kumpulan Akademi Arjunasukma semasa reheasel persembahan Dikir Barat Maal Hijrah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tempoh hari.


Categories: WebLog

Beli Tiket Bola Secara Elektronik Melalui Kad "Touch N Go”Musim Hadapan

Mon, 12/21/2009 - 17:23

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memperkenalkan pembelian tiket secara elektronik "touch n go" kepada penonton bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-1V di sini musim depan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan kebocoran penonton yang memasuki stadium tanpa tiket yang sah.

Dengan sistem baru ini, perjualan tiket dapat di tingkatkan, dapat membendung kebocoran penonton dan menggelakkan penjualan tiket palsu serta ulat tiket. Sistem itu akan dimulakan menjelang perlawanan permulaan Piala FA musim depan pada 12 Januari. [Sumber : Berita Harian]


Categories: WebLog

Luahan Hati Penggiat dan Peminat Dikir Barat Malaysia dalam Mastika Januari 2010

Mon, 12/21/2009 - 12:15

Komuniti Dikir Barat Malaysia pernah meluahkan permasalahan ini pada masa lalu dan kini pihak majalah Mastika keluaran Januari 2010 telah mengambil inisiatif membongkar penghasilan VCD Dikir Barat ‘Gerudi Inul’ ini yang memalukan penggiat dan peminat dikir barat di Malaysia. Selanjutnya di Komuniti Dikir Barat Malaysia.


Categories: WebLog

Gelombang Banjir Ke-4 Kelantan

Mon, 12/21/2009 - 07:07

Terkini : Mangsa Banjir Kelantan Meningkat Kepada 344 Orang

Kelantan di landa gelombang banjir ke-4 setelah seramai 203 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di jajahan Kuala Krai seramai 111 orang dan bakinya di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Setakat ini hanyak Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di parasbahaya iaitu 10.10 meter melebihi bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik berikutan hujan yang masih belum reda. Tiada jalan utama yang dlaporkan ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini. Hujan sesekali lebat dilaporkan masih melanda Kelantan terutama dipedalaman.

Anda boleh merujuk Maklumat & Rujukan Lengkap Keadaan Terkini Banjir di Negeri Kelantan Darul Naim untuk perkembangan terkini. [Sumber : Mstar]


Categories: WebLog

Gempar! Penemuan Mayat Reput di Pantai Irama, Bachok

Sat, 12/19/2009 - 10:28

Bachok, 18 Disember 2009. Satu mayat lengkap berpakaian dengan bahagian kepalanya hampir tinggal tengkorak ditemui terdampar di pesisiran pantai berhampiran tapak ekspo oleh beberapa penduduk kampung kira-kira 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Yahya Salleh berkata mayat lelaki itu memakai t-shirt berlengan panjang berwarna coklat bersama seluar trek berwarna hitam dipercayai berumur sekitar 40-an dan tidak di termui sebarang dokumen pengenalan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dengan menelefon 09-7788222 bagi membantu siasatan. Sumber – Bernama


Categories: WebLog

Mc’Donald Wakaf Che Yeh

Fri, 12/18/2009 - 17:16

Permandangan baru di Wakaf Che Yeh degan terbinanya restoran makanan segera Mc’Donald di situ. [Kredit Gambar – Raykinzoku.fotopages.com]


Categories: WebLog

Koleksi Gambar Sepanjang Pertandingan Dikir Barat FEStKUM 2009

Sun, 12/13/2009 - 15:07

Pada 20 Disember 2009 berlangsungnya Pertandingan Dikir Barat FEStKUM 2009 di Dewan Dectar UKM Bangi. Sebanyak 15 pasukan dari IPTA seluruh Malaysi berentap.

Pintu masuk utama Dewan Dectar UKM Bangi

Sokongan moral dari Akademi Arjunasukma

Para peserta mengunggu giliran.

Kumpulan UM vs UM

Tukang Karut Muslih Sang Saka UIA sedang mengalunkan Irama Wau Bulan

Kumpulan UM

Tukang Karut Lan UM

Kumpulan UPM vs UKM

Kumpulan UKM

Para penonton yang menghadirkan diri.

Keputusan pertandingan di Komuniti Dikir Barat Malaysia.


Categories: WebLog

Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009 (FEStKUM ‘09) – 9 hingga 13 Disember 2009

Wed, 12/09/2009 - 03:24

Buat pertama kalinya Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) menganjurkan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009 (FEStKUM ‘09) yang mengabungkan pelbagai bidang seni dari pelbagai kaum dalam satu kejohanan atau festival seni bersifat Gala.

Format FEStKUM ‘09 ini mengikut konsep sukan iaitu memperkenalkan Emas, Perak, Gangsa dengan perarakan Kontijen Seni Budaya setiap IPT yang akan berlangsung selama 5 hari bermula bermula 9 – 13 Disember 2009. UKM,UPM,UM dan UITM sebagai penganjur bersama FEStKUM ‘09 yang akan di jadikan venue pertandingan. Semestinya acara yang menjadi tumpuan adalah Pertandingan Dikir Barat antara Universiti-universiti yang di adakan pada 9 Disember 2009

SENARAI ACARA SENI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (FEStKUM)

Jadual penuh setiap acara pertandingan boleh di dapati di laman web rasmi FEStKUM ‘09. Ikuti perkembangan terbaru FEStKUM ‘09 melalui twitter @sptdotcom dan juga melalui Facebook Weblog Salam Pantai Timur !


Categories: WebLog

[Video & Gambar] Berita Terkini KB Mall Runtuh – Kereta Jatuh Dari Bumbung Tempat Letak Kereta KB Mall

Sun, 12/06/2009 - 19:22

Kejadian gempar ini berlaku di salah sebuah pasaraya terbesar di Kelantan, KB Mall. Koleksi video dan gambar di bawah menceritakan segalanya. 

Gambar-Gambar Di tempat Kejadian

 

Kemaskini Gambar dari kb-mall-runtuh.blogspot.com

Pemandu kereta, Nor Ain Said yang terselamat

Kemaskini Gambar dari perisik-rakyat.com

Kemaskini : 2 pelajar perempuan Masterskill terbunuh, seorang berada di ICU manakala pemandu sebuah kereta Ford Laser Hatchback bernombor plat Selangor (BCL 3210) dan seorang penumpang kereta tersebut melarikan diri.

Berita Penuh :

Di Kota Bharu Kelantan dua orang pelajar perempuan Masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa. Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis Ford Laser dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu. Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin 19, Siti Nor Diana Azman, 18 dan Rashidah Ahmad Lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan. Mangsa, Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala. Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi ICU, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri. Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan. Ketua polis daerah kota bharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi. [sumber : nixkgeekier.net]

Dalam pada masa yang sama, ada 3 remaja lelaki ambil kesempatan mencuri pakaian dalam pasaraya dan berjaya di tangkap.

Sempat Lagi Mencuri – Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut. Kesemua remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. [Sumber : perisik-rakyat.com]

Kemaskini dari Akhbar Tempatan :

Utusan Malaysia : Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya – KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini…. Berita Penuh

The Malaysian Insider : Two dead, three hurt after car plummets three storeys – KOTA BAHARU, Dec 6 — Two students from Masterskill College of Nursing and Health here were killed while another two were seriously injured when a car plunged from the parking area of KB Mall here at 5.40pm today…more

Berita Harian : Terhumban celah dua eskalator – Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala…Berita Penuh


Categories: WebLog

Maklumat & Rujukan Lengkap Keadaan Terkini Banjir di Negeri Kelantan Darul Naim

Tue, 11/24/2009 - 16:05

1) Info dan Laporan Lalulintas, Mangsa Banjir, Agihan Bekalan Makanan, Taburan Hujan dan lain-lain

Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my) – Semua maklumat terkini mengenai banjir oleh pengawai bertugas yang memantau 24 jam kedaaan semasa seluruh Kelantan. Bagi yang merancang perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Korban boleh merujuk pada laporan lalulintas yang di tutup.

2) Info Paras Air Sungai-sungai Utama Kelantan

Web Infomasi Banjir Jabatan Pengairan & Saliran (www.infobanjir.water.gov.my) – Semua maklumat berkenanan paras air di sungai-sungai utama Kelantan. Anda boleh melihat secara live view keadaan sungai melalui Infobanjir Real-Time Flood Cameras website. Ada dua tempat kamera di pasang di Kelantan, Jeti Kastam dan Sungai Kuala Krai, tapi hanya kamera di Kuala Krai sahaja berfungsi.

3) Info Kawasan Bencana, Banjir, Tanah Runtuh dan Tanah Mendap

Portal e-Bencana Alam Jabatan Kerja Raya (www.bencanaalam.jkr.gov.my) – Memaparkan peta kawasan bencana yang melibatkan banjir, tanah runtuh, tanah mendap dan lain-lain becana.

Untuk mendapatkan maklumat yang di kemaskini dari Weblog Salam Pantai Timur bolehlah menyertai kami di Fan Page Facebook Weblog Salam Pantai Timur atau juga mengikuti kami di Twitter – http://twitter.com/sptdotcom

Kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada rakan anda dengan menekan ikon perkongsian di bawah ini !


Categories: WebLog

1001 Fakta Menarik Tentang Pasukan Kelantan Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Sat, 11/07/2009 - 03:26

1. Dijangkakan lebih 60,000 penyokong Kelantan dari seluruh negara akan membanjiri stadium Bukit Jalil. Bahkan hampir separuh tiket final yang di peruntukkan untuk peminat Negeri Sembilan di beli oleh penyokong kelantan di Paroi.

2. KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah. Ia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam Jumaat dari Tumpat.

3. Kerajaan Kelantan akan memasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV untuk memudahkan peminat bola sepak menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia.

4. Kelantan Vs Negeri Sembilan disiarkan secara langsung di RTM 1 pada 8.45 malam waktu Malaysia. Kepada semua peminat red warrior yang berada di luar negara, bolehlah mengikuti siaran secara langsung secara live streaming di  www.kelate.net

5. Kempen 1 Penyokong 1 Bendera di lancarkan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

6. Rekod baru di catatkan, seramai 1,400 anggota polis termasuk anggota trafik, Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan bahagian jenayah akan ditempatkan di sepanjang jalan dan kawasan luar serta dalam stadium.

6. Persembahan  Dikir Barat sempena meraikan dan memeriahkan perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Kumpulan Komuniti Dikir Barat Malaysia VS Kumpulan Dikir Barat Bandar Teknologi Kajang dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

*persembahan Dikir Barat pada Akhir Piala F.A lepas

7. KAFA dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan mengumumkan tahun depan sebagai 2010 Tahun Bola Sepak Kelantan.

8. Kerajaan Negeri sudah mempunyai tapak di kawasan Tunjong untuk dibangunkan dengan pembinaan sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

9. Kerajaan Negeri akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai ‘hadiah’ kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.


Categories: WebLog

Activity Stream

  • Wed, 09/09/2009 - 08:41

  • Twitter admin tweeted "KBdotinfo: tengah baca http://bit.ly/3AesVc 100 cara blog yang berkesan" 8:41am#
  • Tue, 09/08/2009 - 01:17

  • Twitter admin tweeted "KBdotinfo: masuk pautan sptdotcom dalam kotabharu.info" 1:17am#